Selasa, 02 Juni 2009
Cara Memasang Umpan Ikan Hidup/Mati
Salah satu umpan yang digemari oleh pemancing di seluruh dunia adalah ikan dan ia boleh digunakan secara seekor atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah mati. Umpan ini selalu digunakan untuk menangkap ikan yang lebih besar dan ganas. Bagi saya umpan ikan adalah yang paling saya gemari sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana ikan adalah makanan utama ikan jenis pemangsa di laut seperti ikan tenggiri,haruan tasik,gerpoh dan banyak lagi dan bagi air tawar ikan seperti ikan haruan, tapah, toman dan lain lagi.. Boleh di kata kesemua ikan yang di iktiraf sebagai "sport fish" memakan umpan ikan.
.
Cara menyimpan Umpan
Terdapat banyak jenis ikan yang ada di pengairan negara kita dan boleh dikatakan banyak jenis yang boleh digunakan. Ikan seperti ikan kembung, belanak, tamban, tongkol ,sepat,puyu sehingga ikan alu alu dan anak ikan yu, boleh digunakan. Boleh dikatakan kebanyakan ikan boleh dijadikan umpan. Pada amnya ikan yang berlemak,berkilat dan mempunyai darah yang banyak menjadi pilihan utama pemancing kerana ia menarik perhatian ikan yang di buru. Bagi penggunaan ikan kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana yang busuk atau rosak tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Selalulah menggunakan ikan yang segar dan baik.
Cara untuk menyimpan ikan supaya ia akan selalu segar adalah untuk meletak sedikit garam pada ikan yang mati dan membalut nya dengan kertas ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan.( buried in crushed ice). Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat antara 1 ekor sahaja. Gunakan ais dengan banyak supaya ikan akan selalu segar dan keras. Dengan membuat begini kita akan hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan membazirkan yang lain serta akan masih menyimpan yang lain segar.
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka bolehlah anda menangkap ikan dan menyimpan di dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut. Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat menahan ikan dari mati. Kita boleh menangkap umpan ikan dengan menggunakan "apollo" atau "sabiki" ya itu mata kail yang halus yang diikat dengan bulu ayam atau itik, tali rafia atau benang dan menariknya secara perlahan untuk menangkap umpan di kawasan unjam , tuas dan kawasan karang.
|
Cara Mencangkuk Umpan Ikan Ikan Hidup b. Jenis perambut |
|
Cangkuk mata kail di atas untuk ikan bermain di permukaan air. |
2. Cara untuk mencangkuk umpan bagi memancing di dasar atau ke bawah (Bottom or Fishing) |
|
Cangkuk mata kail di bawah untuk ikan berenang ke bawah. |
3. Cara untuk mencangkuk umpan bagi memancing di arus yang kuat atau sekira menggunakan batu pemberat. (Fast current or with sinkers) Ada kalanya Semasa kita memancing di air yang lagu oleh sebab arus yang deras\dan juga kita memerlukan menggunakan batu pemberat di mana kita perlu umpan ikan itu berada di tahap kedalaman yang di tentukan. Kita perlu umpan hidup kita bermain di dasar atau di kawasan bawah permukaan air di mana ikan yang diburu banyak bermain. Ikan seperti ikan , Ikan gerpoh, haruan tasik, ikan layaran atau mersuji. Kita boleh mencangkuk ikan pada beberapa tempat supaya umpan ikan akan hanya berlegar di dasar laut atau di bawah air. Kita boleh mencangkuk ikan pada belakang ikan dekat dengan kepala di mana kail di letakkan pada bahagian atas ikan atau melalui mata umpan ikan tersebut. Cara ini dapat membantu ikan tersebut berada pada tahap yang di tentukan dan juga ikan tidak akan mati sesenang itu. |
|
|
|
Collar Hook | | Eye Hook |
Saya harap sedikit sebanyak penerangan yang dapat saya berikan di sini dapat membantu anda dalam cara menggunakan umpan ikan hidup dengan jayanya. Ingat ikan pun cerewat juga, kalau umpan itu tidak dapat berenang dengan sempurna atau berada pada tahap yang diperlukan atau mati maka penyampaian yang kita berikan tidak menarik nescaya ikan yang kita idamkan tidak akan makan umpan kita. Jaga lah umpan dengan baik dan saya percaya anda pasti akan berjaya menaikkan ikan idaman anda. Jumpa lagi pada minggu hadapan di mana kita akan berbincang tentang umpan ikan segar dan umpan hirisan pula.
0 Comments:
Post a Comment