Minggu, 07 Juni 2009
Mengenal Jenis Mata Pada Kail
Sebelum kita pergi ketahap mengasah mata kail marilah kita tengok pada beberapa jenis mata yang terdapat pada kail iaitu:
1. Traditional Cutting Edge With Inside Barb
Mata dari jenis ini adalah yang paling biasa terdapat dipasaran dan banyak digunakan oleh pemancing. Reka bentuknya adalah yang terbaik sekali tetapi mata dari jenis ini memerlukan penjagaan dan perlu diasah selalu.
2. Traditional Cutting Edge with Conical Mechanical Sharpening- "Cone Cut" Mata dari jenis ini adalah sangat berkesan bagi ikan yang mempunyai bibir yang tebal atau tulang pada mulut. "Cone tip" yang terdapat pada hujung mata amatlah tajam serta kuat sekali. Mata jenis ini perlu diasah selalu kerana ianya mudah tumpul.
3. Conical Point With Flat, Wedge Blade.Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang mempunyai mulut yang tidak begitu tebal .Mudah untuk diasah dan memerlukan sentakan untuk mencakuk ikan.
4. Conical Point "Ice Pick Style" Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang besar dan ganas yang mempunyai mulut yang tebal. Mata dari jenis ini sangat kuat dan tidak akan mudah membengkok. Senang untuk diasah dan perlu sedikit sentakan atau tegangan pada tali untuk mencakuk.
5. Turn in Barb & Point Oleh sebab sudut yang membengkok, ia mempunyai satu daya mencakuk yang baik terutama pada ikan yang menyambar umpan. Perlu diasah selalu dan harganya sedikit mahal.
6. Multiple Bards Mata dari jenis ini amat tidak sesuai sekali sekiranya digunakan untuk memancing secara biasa, Hanya digunakan untuk menunda atau "jigging" kerana mata dari jenis ini perlukan hentakan yang kuat untuk mata menembusi mulut. Amat susah untuk mengasah dan akan merosakan ikan sekiranya hendak mengamal tangkap dan lepas.
7. Beaked or Curved PointMata dari jenis ini adalah baik digunakan walau bagaimanapun ianya akan selalu membengkok pada matanya sekira dihentak dengan kuat. Mata dari jenis ini perlulah dijaga dan diperiksa selalu dan ditukar selepas digunakan beberapa kali. Sangat susah untuk mengasahnya dan perlu penjagaan rapi.
Mengenal dan Menguji Ketajaman Mata Kail. |
Selepas kita telah megenal jenis jenis mata yang terdapat pada kail marilah kita tengok masalah yang terdapat pada mata kail. Banyak orang berpendapat bahawa mata kail yang dibeli itu tajam dan boleh digunakan secara begitu sahaja. Kita perlu menguji ketajamaan mata kail tersebut dan anda perlu tahu bahawa pengeluaran mata kail dikilang adalah secara banyak sekali kadang kadang berjuta bentuk mata kail dikeluarkan sekali gus dan akan terdapat mata kail yang tidak tajam. Melalui pengalaman saya sendiri 6 dari 10 mata kail yang saya temui tidak tajam dan perlu di asah terlebih dahulu. |
Cara Cara Untuk Menguji Ketajaman Mata Kail |
1. | Ambil mata kail tersebut dan letak diatas kuku ibu jari anda |
2. | Gelunsurkan ( heretkan) mata tersebut diatas kuku. |
3. | Sekiranya ia gelincir dengan senang tampa meninggalkan kesan heretan ini bermakna mata kail tersebut tidak tajam. |
4. | Seandainya ia tidak mengelunsur dan melekat atau kekal kedudukannya ini bermakna ianya benar benar tajam. |
Kita mesti faham bahawa mata pada kail adalah dicipta untuk menembusi mulut ikan dan menahanya dari terkeluar.Jadi ketajaman mata adalah amat penting sekali dan perlulah mempunyai "cutting edge" dan ketajaman hujungnya (sharp point) untuk menembusi mulut ikan tersebut. Begitu juga "barb" pada mata tersebut untuk menahan mata kail itu dari terlucut. Oleh yang demikian terdapat beberapa tanda pada kail yang kita perlu perhatikan apabila hendak memancing. Tanda Tanda yang perlu diperhatikan adalah: 2. Hujung Mata Bengkok (Bent Point) 3. Burrs on Barb |
Cara-cara Mengasah Kail |
1. | Pegang mata kail dengan kuat. |
2. | Asah mengunakan kikir atau batu pengassah dari "barb" ke mata kail tersebut dengan membawanya kebawah beberapa kali dalam satu arah. Tentukan pengasah dipeggang pada sudut atau "angle" yang sama. |
3. | Ulangi asahan pada mata yang bersebelahan. |
4. | Uji ketajaman mata kail tersebut. |
Tips Untuk Mengasah Mata Kail. |
1. | Jangan asah mata kail berterlaluan. |
2. | Mata kail mudah karat, jadi selepas mengasahnya atau digunakan selalu keringkannya . |
3. | Jangan simpan mata kail ditempat yang lembab atau dalam kotak yang basah. |
4. | Belilah mata kail dari jenama yang terbukti dan ingat mata kail yang berharga tinggi ada sebabnya, jenis yang mahal selalunya kuat dan tajam. |
5. | Tukar atau jangan guna mata kail yang berkarat. |
Kebanyakaan pemancing megambil sikap indah tak indah apabila ia datang pada mata kail dan banyak ikan tak terkena atau terlepas disebabkan kail yang tumpul. Saya harap selepas membaca ini kuranglah ikan akan terlepas disebabkan kail yang tumpul. Amalkan "KONSEP TANGKAP DAN LEPAS" untuk kebaikan semua supaya ikan tidak pupus.
1 Comment:
mas klo ukuran kail mancing ikan barakuda, ukurannya berapa? mphon petunjuknya
Post a Comment