Peralatan Snap

Rabu, 10 Juni 2009

Peralatan Mancing Snap


Satu lagi alat yang agak penting semasa memancing adalah "Snap" dimana ianya digunakan sebagai perantaraan diantara tali perambut dengan tali utama, tali utama dengan umpan tiruan atau hanya sebagai tali keselamatan yang digunakan untuk mengikat joran kepada bot supaya joran tidak ditarik masuk kedalam air.
Terdapat berbagai jenis "Snap" di pasaran dan begitu juga "Swivel". Kedua - dua ini ada dijual berasingan atau dijual sebagai satu yang dipanggil "Snap Swivel". Mari kita cuba memahami apakah tujuan dan keggunaan alat-alat ini.

"Snap"

Ianya adalah diperbuat dari besi atau besi keluli. "Snap" berfungsi sebagai satu penyambung diantara tali utama dengan "Lure"atau umpan tiruan. Ianya disambung dari tali utama dengan ikatan (knot) kepada cincin(split ring) atau lengkoran besi yang terdapat pada "lure". ("line - tie loop of the lure").

Kebanyakan "Lure" atau umpan tiruan seperti sesudu (Spoon) dan "Plugs" tidak memerlukan "swivel". Umpan tiruanan dari jenis ini akan lebih berfungsi sekiranya disambung dengan "snap" sahaja.
Kelebihan penggunaan "snap" pada umpan tiruan yang disebut tadi adalah :

a.

Ia akan lebih memudahkan perjalanan dan aksi umpan tiruan tersebut; dan

b.

Ia adalah untuk kesenangan pada pemancing untuk mengganti umpan tiruan tanpa selalu mengikatnya ( change lure without having to retie the knot) terutama sekali apabila kita menggunakan tali utama yang halus..

Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin menunda (trolling) atau menggunakan umpan tiruan (lure) yang berpusing (spin) atau bergolek (roll), maka disyurkan menggunakan "snap swivel" supaya tali utama tidak berpintai.

Sungguhpun kegunaan "snap" adalah untuk kesenangan pemancing, tetapi sekiranya "snap"itu dari kualiti /mutu yang rendah atau yang terlalu kecil size yang digunakan, ia akan mendatangkan keburukan. Kita mesti tahu bahawa "snap" adalah perantaraan antara tali utama, umpan tiruan (lure) dan ikan. Sekiranya kualitinya rendah atau ianya terlalu kecil maka ia akan senang terbuka dan ikan akan terlepas.
Buat masa sekarang, terdapat banyak jenama dan juga jenis "snap". Untuk memilih "snap" yang sesuai, ia adalah berpandu kepada kekuatan "snap" untuk membuka. Contoh, sekiranya, kita menggunakan tali utama seberat 30 lb dan "snap" yang berkekuatan 15 lb, maka apabila kita bertarung dengan ikan yang besar, kemungkinan sebelum tali utama itu putus, "snap" akan lebih awal lagi terbuka. Maka terlepaslah ikan yang besar tadi. Oleh itu, amatlah penting sekali, untuk membuat pemilihan, ketahuilah kekuatan "snap" samaada ianya sama atau lebih dari kekuatan tali utama. Sekiranya kekuatan "snap" tidak tertulis pada label, anda boleh membuat ujian tersendiri. Ini boleh dilakukan dengan menarik "snap" dengan penimbang sehingga "snap" itu terbuka.

Kekuatan dan kesenangan apabila digunakan adalah fungsi utama pada setiap "snap". Jadi cara ia mengunci (lock) adalah amat penting sekali.

Jenis-Jenis Snap

Terdapat beberapa jenis "snap" yang dijual dipasaran untuk pemancing dan saya akan cuba mengupas kebaikan serta kegunaanya yang bersesuaian.

Safety "Snap"

Jenis ini adalah yang paling popular sekali digunakan oleh para pemancing.
Jenis ini sesuai digunakan di kawasaan air tawar dan di tepi pantai. Ianya amat digemari oleh para pemancing yang suka memancing ikan haruan. Ini adalah kerana pin nya yang lurus dan senang untuk mencucuk mulut katak. Walaubagaimanapun jenis ini tidak mempunyai sifat mengunci kerana pinnya hanya disendat pada longkang pengunci. Jenis ini adalah yang paling lemah sekali berbanding dengan jenis yang lain. Ianya tidak sesuai untuk ikan besar yang ganas.

Interlock "Snap"

Jenis ini juga amat popular di kalangan para pemancing. Jenis ini amat sesuai digunakan untuk kawasaan air tawar serta memancing di tepi pantai. Ianya amat popular di kalangan pemancing yangmenggunakan umpan turuan (lure). Ini adalah kerana "snap" jenis ini mempunyai daya ketahanan yang agak kuat. Kekuatannya adalah kerana tangkalnya dikunci melepasi bibir "snap" dan harganya juga amat berpatutan.

Duolock"Snap"

Jenis ini adalah yang terkuat sekiranya digunakan untuk memancing di kawasaan air tawar serta ianya amat sesuai untuk kawasaan tepian pantai. Ianya amat baik sekali sekiranya digunakan bagi sambungan kepada umpan tiruan (lure). Ia mempunyai 2 (dua) tempat untuk membuka dan mengunci, dimana ianya dapat diubah mengikut kegunaannya serta sesuka citarasa pemancing. Ia juga tidak begitu mahal harganya serta dapat menahan tekanan yang kuat. "Snap" jenis ini boleh didapati dalam kategori "light" ke "medium duty".

Crosslock"Snap"

"Snap" jenis ini agak kuat dan sesuai untuk kegunaan di laut. Ia juga mempunyai 2 (dua) tempat untuk membuka dan mengunci dimana ianya boleh diubah mengikut citarasa pemancing. Harganya agak mahal sedikit tetapi ia mempunyai daya ketahanan yang kuat serta boleh dipercayai. Jenis ini juga boleh didapati dalam kategori "light hingga heavy duty". Ianya amat sesuai untuk kegunaan dilaut serta kawasaan air tawar.

Coastlock "Snap"

Jenis ini diperbuat khusus untuk digunakan dilaut dan hanya mempunyai satu kunci dan pembuka. Ianya adalah yang paling popular digunakan oleh pemancing. Ia mempunyai daya ketahanan yang kuat serta digunakan untuk "Big Game". Harganya agak tinggi sedikit walau bagaimana pun ia menepati kegunaannya. Selalunya dijual mengikut berat tekanan diantara 20 lb ke 400 lb.

Mcmahon "Snap"

Jika dibuat perbandingan, "snap" jenis ini adalah yang terkuat sekali di antara kesemua "snap" yang terdapat dipasaran. Ianya amat popular digunakan untuk kegunaan "heavy duty". "Snap" ini juga amat digemari oleh pemancing yang selalu memancing "Big Game' kerana ianya amat sesuai sekiranya digunakan dilaut. Ianya juga boleh digunakan ketika menunda dengan menggunakan samada umpan tiruan atau umpan hidup. Harganya mahal dan dijual dengan kiraan tekanaan diantara 20 lb hingga 1000 lb.

Warna "Snap"

Terdapat tiga jenis warna pada "snap" yang dijual di pasaran. Warna-warna yang terdapat adalah dari warna hitam, emas dan perak.
Banyak soalan telah dikemukakan kepada saya tentang apa bezanya warna yang terdapat pada "snap" dan adakah ia memainkan apa-apa fungsi? Bagi saya jawapan nya adalah "Ya".
Warna hitam adalah warna yang paling selamat sekali untuk digunakan kerana terdapat ikan dilaut serta sungai yang tertarik pada kilauan warna emas dan perak. Sekiranya anda mengunakan warna-warna ini, ada kemungkinan ikan akan menyambar pada "snap" dan sekiranya nasib tidak baik, tali utama akan terkena gigi ikan tersebut dan "snap" akan terputus.

Seperti apa yang telah saya katakan "Snap" ada dijual berasingan atau dicantum sekali dengan "swivel", terpulang kepada anda untuk membuat pilihan samada untuk membelinya secara berasingan atau sebaliknya. Ini adalah kerana ada ketikanya "snap" dan "swivel" tidak bersesuaian dengan kehendak dan kegunaan masing-masing. Jika anda memilih untuk membeli secara berasingan, bukannya susah untuk anda membuat cantuman menggikut kehendak serta citarasa tersendiri.
Tunggu saya pada siri yang akan datang dimana saya akan memberi penerangan mengenai "swivel" pula.

0 Comments: